Kelas Kesedaran eSukan Jejak Digital & Risiko Media Sosial
14 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2026, dua orang peserta telah menyertai Kelas Kesedaran eSukan yang bertajuk Jejak Digital & Risiko Media Sosial”. Kelas kesedaran ini telah memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan menjaga tingkah laku dan keselamatan diri di dunia digital, khususnya dalam komuniti eSukan. Peserta didedahkan dengan konsep jejak digital serta bagaimana setiap aktiviti dalam talian seperti komen, perkongsian dan interaksi di media sosial boleh memberi kesan jangka panjang terhadap imej dan reputasi seseorang.
Selain itu, kelas kesedaran ini turut membincangkan risiko penggunaan media sosial seperti penyebaran maklumat peribadi, buli siber dan penipuan dalam talian. Melalui sesi ini, peserta diingatkan agar menggunakan media sosial secara bijak, beretika dan bertanggungjawab bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: